Rumah corner lot

Rumah corner lot
Laman yang luas..

Wednesday, 21 May 2014

Kok Lanas..

     Kok Lanas merupakan pekan kecil dalam daerah Ketereh yang pesat membangun dari hari ke sehari. Pembangunan ini wujud dengan adanya beberapa pusat pengajian tinggi dan juga infrastruktur lain seperti kemudahan yang menyokong "hidupnya" pekan Kok Lanas. Politeknik Kota Bharu(PKB) merupakan pusat pengajian tinggi yang pertama sekali wujud di sini. Kemudian adanya kolej komuniti Kok Lanas, Pusat Tahfiz Nurul Iman dan yang terbaru Pusat Kolej Matrikulasi Kelantan. Kem Desa Pahlawan juga merupakan penyumbang kepada kerancakan pembangunan di Kok Lanas. NiDocKor HomeStay berada di tengah-tengah pekan Kok Lanas dan mengambil masa yang singkat untuk pergi ke tempat-tempat yang disebutkan di atas. Kerancakan infrastruktur bertambah dengan adanya bank-bank tempatan (BSN, Muamalat dan autoteller di stesyen minyak Petronas dan 7E), pejabat pos, pusat kesihatan, stesyen minyak, dan premis makanan segera seperti Mc D, KFC, Pizza Hut. 
     
     Restoran-restoran yang menyediakan makanan yang sedap dan harga yang berpatutan seperti SuaRasa (sebelah Econjaya), Mustaqim(sebelah terminal bas Kok Lanas) dll.  Kedai makan nasi kerabu Kak Joh (sebelah Kolej Komuniti) tersohor dengan sedap dan murah, nasi lemak badang ( depan traffic light Kolej Komuniti) dan kedai masakan panas depan Petronas menjadi tempat yang biasa dikunjungi oleh saya. Diharap info ini membantu pelanggan NiDocKor HomeStay mencari tempat makan yang diharap dapat memenuhi selera.

     Barangan keperluan boleh diperolehi dari kedai-kedai runcit dan pasaraya Ekonjaya, SKL dan 7E di mana lokasinya adalah berdekatan dengan NiDocKor HomeStay.
     
     Gambar di bawah di ambil dari tingkat 5 PKB dan semua tempat terakam dengan satu gambar sahaja..



No comments:

Post a Comment