Rumah corner lot

Rumah corner lot
Laman yang luas..

Tuesday 3 June 2014

Jom Tempah NiDocKor HomeStay..

    NiDocKor HomeStay di Kok Lanas amat strategik untuk ke Politeknik Kota Bharu, Kolej Matrikulasi Kelantan, Kolej Komuniti Kok Lanas dan berada di tengah-tengah pekan Kok Lanas. Jom Tempah sekarang 0199808203.

Thursday 22 May 2014

Lokasi NiDocKor HomeStay Kok Lanas...

     Ramai pelanggan NiDocKor HomeStay Kok Lanas yang datang dari luar Kelantan tidak mengetahui  lokasi homestay dan di sini saya sekali lagi ditempek pelan lokasi yaa... juga bangunan yang perlu dikenalpasti untuk ke homestay. Hanya 10 Meter masuk untuk ke NiDocKor HomeStay.







Wednesday 21 May 2014

Kok Lanas..

     Kok Lanas merupakan pekan kecil dalam daerah Ketereh yang pesat membangun dari hari ke sehari. Pembangunan ini wujud dengan adanya beberapa pusat pengajian tinggi dan juga infrastruktur lain seperti kemudahan yang menyokong "hidupnya" pekan Kok Lanas. Politeknik Kota Bharu(PKB) merupakan pusat pengajian tinggi yang pertama sekali wujud di sini. Kemudian adanya kolej komuniti Kok Lanas, Pusat Tahfiz Nurul Iman dan yang terbaru Pusat Kolej Matrikulasi Kelantan. Kem Desa Pahlawan juga merupakan penyumbang kepada kerancakan pembangunan di Kok Lanas. NiDocKor HomeStay berada di tengah-tengah pekan Kok Lanas dan mengambil masa yang singkat untuk pergi ke tempat-tempat yang disebutkan di atas. Kerancakan infrastruktur bertambah dengan adanya bank-bank tempatan (BSN, Muamalat dan autoteller di stesyen minyak Petronas dan 7E), pejabat pos, pusat kesihatan, stesyen minyak, dan premis makanan segera seperti Mc D, KFC, Pizza Hut. 
     
     Restoran-restoran yang menyediakan makanan yang sedap dan harga yang berpatutan seperti SuaRasa (sebelah Econjaya), Mustaqim(sebelah terminal bas Kok Lanas) dll.  Kedai makan nasi kerabu Kak Joh (sebelah Kolej Komuniti) tersohor dengan sedap dan murah, nasi lemak badang ( depan traffic light Kolej Komuniti) dan kedai masakan panas depan Petronas menjadi tempat yang biasa dikunjungi oleh saya. Diharap info ini membantu pelanggan NiDocKor HomeStay mencari tempat makan yang diharap dapat memenuhi selera.

     Barangan keperluan boleh diperolehi dari kedai-kedai runcit dan pasaraya Ekonjaya, SKL dan 7E di mana lokasinya adalah berdekatan dengan NiDocKor HomeStay.
     
     Gambar di bawah di ambil dari tingkat 5 PKB dan semua tempat terakam dengan satu gambar sahaja..



Saturday 3 May 2014

Musim Buah-buahan...

  Buah Pauh juga senonim dengan mempelam....sekarang musimnya lebat berbuah tetapi disebabkan cuaca panas yang begitu lama maka buahnya kecil dan kurang menjadi.Walaubagaimanapun Alhamdullillah....rezeki Allah masih lagi ada bagi tetamu NiDocKor HomeStay untuk merasai pauh epal yang sedang berbuah sekarang. Indahnya melihatnya buah bergantungan dan berjuntaian apabila ditiup angin dengan kehadiran burung dan unggas yang tertarik untuk menjamah rezeki tersebut.

    

Buah Janggus@buah te're juga sedang berbuah sekarang...boleh dimasak lemak dan di makan co'lek bagi yang menyukainya. Sesetengah orang kalau mendengar buah pauh dan buah te're dah kecur air iur. Terasa air liur meleleh dengan tidak semena-mena apabila membayangkan sedapnya makan co'lek. Untuk merangsang lagi deria tersebut..saya titipkan gambar-gambar bagi buah-buah tersebut. Alhamdullillah...



   
     Pokok kelapa belum lagi berbuah tetapi rasanya tidak lama lagi ia akan mengeluarkan hasil...InsyaAllah...Terdapat 2 pokok yang ditanam di tepi laman...jom layan gambar...




Catatan & gambar
3 Mei 2014
zai_man@yahoo.com







Friday 2 May 2014

Home Sweet Home...

     Home Sweet Home... ungkapan yang sering digunakan untuk menggambarkan tempat tinggal kita yang tidak dapat menandingi mana-mana tempat lain walaupun ia lagi gah dan mewah berbanding kediaman kita. Pada saya ini kerana rumah kita merupakan tempat istemewa yang mana kita amat selesa dan sesuai dengan jiwa dan raga. Tatarias dalaman dan kedudukan perabut serta alat perkakas yang mengikut kehendak dan impian kita sebenarnya...tidak lupa perkara yang paling utama iaitu kemampuan dari segi kewangan.
     Rumahku syurgaku....ini adalah sebahagian syurgaku di mana saya amat meminati laman yang dihiasi dengan pokok-pokok...kicauan burung-burung..rama-rama dan kupu-kupu berterbangan...tupai melompat-lompat...ia adalah anugerah yang tidak dapat diucapkan dengan kata-kata untuk menggambarkan bertapa damainya jiwa dan fikiran apabila berada di dalam suasana tersebut. Jom layan sebahagian dari fenomena tersebut...
Lagi gambar...