Rumah corner lot

Rumah corner lot
Laman yang luas..

Wednesday 6 May 2015

Kebersihan NiDocKor HomeStay

Para pelanggan yang dirahmati Allah...

     Catatan ini dititipkan sebagai peringatan kita semua supaya mengamalkan kebersihan dan keselesaan pada setiap masa dan ketika walaupun kita berada dimana-mana samada kita berada di pejabat, di rumah dll. Setiap daripada kita inginkan suasana yang bersih dan selesa lebih-lebih lagi suci daripada najis untuk menunaikan ibadat yang sempurna.

     Sebelum pelanggan masuk ke NiDocKor HomeStay saya sedaya upaya ingin menyediakan keselesaan ini tetapi amat mengecewakan saya apabila para pelanggan yg dimuliakan meninggalkan homestay ini dalam keadaan yang 100% tidak selesa. Jangan menganggap bahawa apabila kita sudah membayar sewa maka kita boleh sesuka hati membuat kotor dan "seperti kapal pecah" apabila ingin keluar dari homestay. Dengan toilet yang tidak di"flush"...sampah basah yang kotor dan keadaan yang menjijikkan menggambarkan peribadi seseorang.

     Harapan saya agar semua pelanggan menjaga homestay ini dengan sebaiknya dan jadikan kebersihan sebagai amalan kita yang amat digalakkan di dalam agama islam kita sendiri iaitu "Kebersihan Mencerminkan Keimanan". Tema bersantai tidak lagi sesuai apabila keadaan kotor dan tidak selesa. Jagalah kebersihan dan harta homestay ini seperti kediaman sendiri.






Coordinate Location NiDocKor HomeStay

5.927398,102.244255

**Semoga dengan ini menyenangkan para pelanggan mencari lokasi homestay dengan mudah dgn bantuan alat GPS @ apa-apa perisian carian yg berkenaan**

Monday 4 May 2015

Pelan Lokasi NiDocKor HomeStay


*Dr Machang ke Kok Lanas..
*Traffic Light 1(PETRONAS)
*Traffic Light 2(Kolej Komuniti Kok Lanas)
*Traffic Light 3(Pasaraya Econjaya, junction ke Politeknik Kota
  Bharu &  Kolej Matrikulasi) Mc D
*100 meter ke depan sebelah Kiri TYREMAN .. Masuk lorong ini..
*Lorong ke-2 KANAN masuk dan dihujung lorong ini NiDocKor
  HomeStay..
 
*Dr Kota Bharu ke Kok Lanas..
*Bandar Baru Tunjong...Mulong..Nilam Puri...Kadok....Ketereh..
  Dendang...Kok Lanas
*Traffic light Ketereh...dalam 3km Dataran Kada ( Jambatan kecik 
   tali air).
*Selepas tali air...SEBELAH KANAN Futsal Cahaya Planet...
*10 meter ke depan SEBELAH KANAN TYREMAN .. Masuk lorong ini..
*Lorong ke-2 KANAN masuk dan dihujung lorong ini NiDocKor
  HomeStay..
 
Apabila sampai di NiDocKor HomeStay..sila hubungi pemilik untuk mendapatkan kunci rumah. Segala kerjasama dari pihak pelanggan yang dirahmati Allah...saya dahului dengan jutaan terima kasih. Jazakallah...