Kebersihan NiDocKor HomeStay
Para pelanggan yang dirahmati Allah...
Catatan ini dititipkan sebagai peringatan kita semua supaya mengamalkan kebersihan dan keselesaan pada setiap masa dan ketika walaupun kita berada dimana-mana samada kita berada di pejabat, di rumah dll. Setiap daripada kita inginkan suasana yang bersih dan selesa lebih-lebih lagi suci daripada najis untuk menunaikan ibadat yang sempurna.
Sebelum pelanggan masuk ke NiDocKor HomeStay saya sedaya upaya ingin menyediakan keselesaan ini tetapi amat mengecewakan saya apabila para pelanggan yg dimuliakan meninggalkan homestay ini dalam keadaan yang 100% tidak selesa. Jangan menganggap bahawa apabila kita sudah membayar sewa maka kita boleh sesuka hati membuat kotor dan "seperti kapal pecah" apabila ingin keluar dari homestay. Dengan toilet yang tidak di"flush"...sampah basah yang kotor dan keadaan yang menjijikkan menggambarkan peribadi seseorang.
Harapan saya agar semua pelanggan menjaga homestay ini dengan sebaiknya dan jadikan kebersihan sebagai amalan kita yang amat digalakkan di dalam agama islam kita sendiri iaitu "Kebersihan Mencerminkan Keimanan". Tema bersantai tidak lagi sesuai apabila keadaan kotor dan tidak selesa. Jagalah kebersihan dan harta homestay ini seperti kediaman sendiri.
Wednesday, 6 May 2015
Monday, 4 May 2015
Pelan Lokasi NiDocKor HomeStay
*Traffic Light 1(PETRONAS)
*Traffic Light 2(Kolej Komuniti Kok Lanas)
*Traffic Light 3(Pasaraya Econjaya, junction ke Politeknik Kota
Bharu & Kolej Matrikulasi) Mc D
*100 meter ke depan sebelah Kiri TYREMAN .. Masuk lorong ini..
*Lorong ke-2 KANAN masuk dan dihujung lorong ini NiDocKor
HomeStay..
*Dr Kota Bharu ke Kok Lanas..
*Bandar Baru Tunjong...Mulong..Nilam Puri...Kadok....Ketereh..
Dendang...Kok Lanas
*Traffic light Ketereh...dalam 3km Dataran Kada ( Jambatan kecik
tali air).
*Selepas tali air...SEBELAH KANAN Futsal Cahaya Planet...
*10 meter ke depan SEBELAH KANAN TYREMAN .. Masuk lorong ini..
*Lorong ke-2 KANAN masuk dan dihujung lorong ini NiDocKor
HomeStay..
Apabila sampai di NiDocKor HomeStay..sila hubungi pemilik untuk mendapatkan kunci rumah. Segala kerjasama dari pihak pelanggan yang dirahmati Allah...saya dahului dengan jutaan terima kasih. Jazakallah...
Tuesday, 3 June 2014
Jom Tempah NiDocKor HomeStay..
NiDocKor HomeStay di Kok Lanas amat strategik untuk ke Politeknik Kota Bharu, Kolej Matrikulasi Kelantan, Kolej Komuniti Kok Lanas dan berada di tengah-tengah pekan Kok Lanas. Jom Tempah sekarang 0199808203.
Thursday, 22 May 2014
Lokasi NiDocKor HomeStay Kok Lanas...
Ramai pelanggan NiDocKor HomeStay Kok Lanas yang datang dari luar Kelantan tidak mengetahui lokasi homestay dan di sini saya sekali lagi ditempek pelan lokasi yaa... juga bangunan yang perlu dikenalpasti untuk ke homestay. Hanya 10 Meter masuk untuk ke NiDocKor HomeStay.
Wednesday, 21 May 2014
Kok Lanas..
Kok Lanas merupakan pekan kecil dalam daerah Ketereh yang pesat membangun dari hari ke sehari. Pembangunan ini wujud dengan adanya beberapa pusat pengajian tinggi dan juga infrastruktur lain seperti kemudahan yang menyokong "hidupnya" pekan Kok Lanas. Politeknik Kota Bharu(PKB) merupakan pusat pengajian tinggi yang pertama sekali wujud di sini. Kemudian adanya kolej komuniti Kok Lanas, Pusat Tahfiz Nurul Iman dan yang terbaru Pusat Kolej Matrikulasi Kelantan. Kem Desa Pahlawan juga merupakan penyumbang kepada kerancakan pembangunan di Kok Lanas. NiDocKor HomeStay berada di tengah-tengah pekan Kok Lanas dan mengambil masa yang singkat untuk pergi ke tempat-tempat yang disebutkan di atas. Kerancakan infrastruktur bertambah dengan adanya bank-bank tempatan (BSN, Muamalat dan autoteller di stesyen minyak Petronas dan 7E), pejabat pos, pusat kesihatan, stesyen minyak, dan premis makanan segera seperti Mc D, KFC, Pizza Hut.
Restoran-restoran yang menyediakan makanan yang sedap dan harga yang berpatutan seperti SuaRasa (sebelah Econjaya), Mustaqim(sebelah terminal bas Kok Lanas) dll. Kedai makan nasi kerabu Kak Joh (sebelah Kolej Komuniti) tersohor dengan sedap dan murah, nasi lemak badang ( depan traffic light Kolej Komuniti) dan kedai masakan panas depan Petronas menjadi tempat yang biasa dikunjungi oleh saya. Diharap info ini membantu pelanggan NiDocKor HomeStay mencari tempat makan yang diharap dapat memenuhi selera.
Barangan keperluan boleh diperolehi dari kedai-kedai runcit dan pasaraya Ekonjaya, SKL dan 7E di mana lokasinya adalah berdekatan dengan NiDocKor HomeStay.
Gambar di bawah di ambil dari tingkat 5 PKB dan semua tempat terakam dengan satu gambar sahaja..

Saturday, 3 May 2014
Musim Buah-buahan...
Buah Pauh
juga senonim dengan mempelam....sekarang musimnya lebat berbuah tetapi
disebabkan cuaca panas yang begitu lama maka buahnya kecil dan kurang
menjadi.Walaubagaimanapun Alhamdullillah....rezeki Allah masih lagi ada
bagi tetamu NiDocKor HomeStay untuk
merasai pauh epal yang sedang berbuah sekarang. Indahnya melihatnya
buah bergantungan dan berjuntaian apabila ditiup angin dengan kehadiran
burung dan unggas yang tertarik untuk menjamah rezeki tersebut.
Buah Janggus@buah te're juga sedang berbuah sekarang...boleh dimasak lemak dan di makan co'lek bagi yang menyukainya. Sesetengah orang kalau mendengar buah pauh dan buah te're dah kecur air iur. Terasa air liur meleleh dengan tidak semena-mena apabila membayangkan sedapnya makan co'lek. Untuk merangsang lagi deria tersebut..saya titipkan gambar-gambar bagi buah-buah tersebut. Alhamdullillah...
Pokok kelapa belum lagi berbuah tetapi rasanya tidak lama lagi ia akan mengeluarkan hasil...InsyaAllah...Terdapat 2 pokok yang ditanam di tepi laman...jom layan gambar...

Buah Janggus@buah te're juga sedang berbuah sekarang...boleh dimasak lemak dan di makan co'lek bagi yang menyukainya. Sesetengah orang kalau mendengar buah pauh dan buah te're dah kecur air iur. Terasa air liur meleleh dengan tidak semena-mena apabila membayangkan sedapnya makan co'lek. Untuk merangsang lagi deria tersebut..saya titipkan gambar-gambar bagi buah-buah tersebut. Alhamdullillah...
Catatan & gambar
3 Mei 2014
zai_man@yahoo.com
Subscribe to:
Posts (Atom)